Sinopsis Tahyul (drama)

Sekumpulan pencipta konten yang terdiri daripada lima remaja bersahabatan, menghoskan konten di laman sosial "Tales Of Tahyul" yang mana ia berkaitan dengan aktiviti paranormal di sebuah rumah usang.

Realitinya, mereka hanya memperdayakan followers mereka. Rakaman video mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan.

Mereka Obses untuk menarik perhatian netizen dan ingin menjana pendapatan lumayan.

Apabila penggambaran video bermula, situasi menjadi tidak terkawal apabila ia semakin jelas yang lokasi mereka itu memang benar-benar berhantu yang mana ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri dan tradegi.

Kesilapan masa lalu mereka mula menghantui kembali.